Abstract
Industri gril pintu di Malaysia telah mula berkembang dengan maju semasa projek-projek perumahan di Malaysia berjalan dengan rancak. Industri gril pintu mula mendapat perhatian dari orang ramai sebagai salah satu cara untuk menjaga keselamatan hartabenda dan nyawa masing-masing. Ditambah lagi banyak berlaku kejadian pecah rumah dan pembunuhan. Ini secara tak langsung menggalakkan perkembangan Industri-industri gril pintu diseluruh Malaysia. Boleh dikatakan industri gril pintu untuk kilang-kilang kecil lebih berkembang dikawasan bandar berbanding dengan Kawasan luar bandar. Ini adalah kerana kebanyakkan projek-projek perumahan yang diadakan adalah berhampiran dengan kawasan bandar. Boleh dikatakan setiap rumah dikawasan bandar mempunyai gril seperti gril tingkap, gril pintu dan gril pintu pagar rumah. Secara amnya bahan logam/mentah yang digunakan adalah dari besi. Logam besi yang digunakan adalah: i. Mild Steel - untuk gril tingkap ii. BRC wire mesh - untuk gril tingkap dan gril pintu. iii. Fencing wire mesh - untuk gril pintu pagar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammad, Mazhar 85369658 Ghazali, Azmi 85394679 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd., Mohd Yusuff UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TS Manufactures > Metal manufactures. Metalworking |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Perkilangan) |
Keywords: | Gril pintu, logam besi, mesin memotong |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76720 |
Download
76720.pdf
Download (275kB)