Abstract
lndustri pembinaan memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah negara. Namun dalam sesebuah proses pembinaan struktur kekal, penggunaan struktur sementara memainkan peranan yang penting terutamanya penggunaan perancah. Pemasangan perancah di tapak bina perlu mengikut garis panduan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Ini bertujuan untuk mengelakkan kejadian kemalangan di tapak bina terhadap para pekerja. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis perancah yang digunakan di tapak bina, mengkaji cara pengendalian perancah mengikut garis panduan yang ditetapkan bermula daripada proses pemasangan, proses membuka perancah, membaikpulih serta cara penyimpanan perancah yang betul. Selain itu, penulis juga menghuraikan beberapa masalah berkaitan dengan penggunaan perancah di tapak bina. Hasil dari kajian dan penelitian, saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah yang sering timbul di tapak bina dengan harapan jumlah kes-kes kemalangan di tapak bina dapat dikurangkan seminimum yang mungkin.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Fadzil, Norfadila 2006439699 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED Thesis advisor Othman, Hamdan UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | pengendalian perancah, projek pelebaran, Jambatan Pulau Pinang |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76719 |