Abstract
Setiap kemalangan yang berlaku akan mengakibatkan kerugian samaada kerugian tenaga manusia atau kerugian harta benda. Dalam sektor industri, kemalangan yang melibatkan pekerja akan menyebabkan kehilangan tenaga mahir dan akan melembapkan pengeluaran syarikat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pihak yang terlibat untuk menjaga keselamatan sendiri dan keselamatan orang-orang yang berada dibawah jagaannya. Dalam industri pembuatan berasaskan logam, bahaya utama yang telah dikenal pasti ialah wasap kimpalan yang berpunca dari logam dan bahan lakur yang meruwap. Ia membentuk zarah- zarah kecil didalam udara dan akan masuk kedalam badan manusia melalui sistem pernafasan dan pemakanan. Kesan jangka pendek yang dipanggil Metal fume fever dan kesan jangka panjang seperti barah dan ketumbuhan paru-paru adalah diantara kesan dari pendedahan yang berlebihan kepada wasap kimpalan. Kaedah kawalan yang berkesan ialah menggunakan penyedut habuk untuk mencegah wasap daripada tersebar keudara. Kaedah kawalan lain ialah menggunakan peralatan perlindungan penafasan. Kebanyakan pekerja tidak ingin menggunakan peralatan perlindungan diri kerana tidak selesa dan kurang pengetahuan tentang kesan bahaya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Rosli UNSPECIFIED Sanusi, Mohd. Laili UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Bahari, Mohd Fuad UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Occupational Health T Technology > TS Manufactures > Metal manufactures. Metalworking |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Perkilangan) |
Keywords: | Bentuk bahaya, industri pembuatan logam, kesan jangka panjang |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76107 |
Download
76107.pdf
Download (218kB)