Abstract
Troli untuk kanak-kanak ini adalah diletakkan didalam kategori barang permainan kanak-kanak. Barang permainan ini perlu memenuhi kehendak keselamatan. Semasa mereka bentuknya adalah penting untuk diingatkan tentang penilaian umur, jantina, tahap peningkatan fizikal dan mental kanak-kanak. Kemalangan kadang kala boleh berlaku disebabkan kerana membenarkan permainan ini jatuh ketangan kanak-kanak yang lebih muda; tanpa pengawasan sesiapa. Masalah risko juga akan timbul apabila kanak-kanak dibenarkan untuk bermain berterusan dengan permainannya yang telah rosak. Apabila sesuatu rekabentuk permainan menjadi bertambah rumit adalah menjadi kewajipan kepada sesiapa yang bertanggung- jawap kepada kanak-kanak tersebut uhtuk meningkatkan penjagaan dan perhatian ketika ia bermaiti dengan permainan tersebut. Troli ini dicadangkan untuk digunakan ditaman permainan, dibawah penyeliaan orang dewasa. Troli ini direkabentuk berdasarkan kepada kejuruteraan kemanusiaan. Bagi membantu pembinaan rekabentuk troli, beberapa maklumat mengenaf uktiran tubuh badan kanak-kanak dan arah pergerakan serta kedudukan tuil disediakan. Ianya bermakna, setiap aspek badan kanak-kanak dan keupayaan melakukan kerja ditentukan. Troli (yang direkabentuk ini disyorkan untuk kanak-kanak berusia diantara tiga ke lima tahun. Merekabentuk troli ini perlukan kepada kajian tentang ergonomik dan antropometri.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bidin, Zulkiflee 85801522 |
Subjects: | T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering > Product design. Industrial design |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Perkilangan) |
Keywords: | Merekabentuk troli, ergonomik dan antropometri, keselamatan |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76071 |
Download
76071.pdf
Download (169kB)