Abstract
Baitus Salam adalah sebuah pusat perlindungan mualaf yang bersifat sementara. Ia berperanan sebagai pusat komuniti kepada mualaf untuk membentuk jati diri dan memperkasakan pendidikan agama yang secukupnya terutama dari aspek ilmu Akidah, Syariah dan Fiqah serta pelaksanaan amalan Islam. Pendidikan mualaf merupakan suatu keperluan yang perlu ditekankan terutama dalam aspek kefahaman agama dan kemahiran untuk para mualaf. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk dan konsep pendidikan mualaf yang dilaksanakan di Baitus Salam. Kajian ini juga menganalisis pelaksanaan pendidikan mualaf di Baitus Salam. Seterusnya, membangunkan modul pendidikan mualaf yang komprehensif di Baitus Salam. Justeru, keperluan terhadap modul mualaf yang komprehensif perlu diwujudkan di Baitus Salam bagi memantapkan kefahaman agama para mualaf. Kajian ini menggunakan metod kualitatif melibatkan kajian kepustakaan serta temu bual individu dan kumpulan fokus. Temu bual pakar rujuk dalam bidang pengurusan dan pengajian Islam akan dijalankan dengan melibatkan ahli akademik, guru, pengurusan organisasi mualaf dan sebagainya. Temu bual kumpulan berfokus juga dijalankan yang melibatkan komuniti mualaf mengikut kesesuaian. Kaedah pemerhatian akan digunakan semasa aktiviti harian dan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan untuk mendapatkan dapatan kajian yang menyeluruh.
Metadata
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Rani, Siti Afifah 2020198567 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Bhari, Azri UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Programme: | IC780 |
Keywords: | Baitus Salam, Mualaf, Pusat komuniti |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75753 |
Download
75753.pdf
Download (181kB)