Abstract
Komitmen kerajaan untuk mengujudkan sistem Pengangkutan Jalanraya yang lancar tidak dapat diragukan. Falsafah dan matlamat disebalik komitmen ini mudah difahami melalui pembentukan undang undang dan peraturan jalanraya, dan melalui kajian yang serba ringkas ini kami cuba melihat sejauhmanakah pengguna pengguna jalanraya berjaya memenuhi inspirasi kerajaan. Dalam Bab I, kami cuba membicarakan latarbelakang sistem jalanraya dan undang undang jalanraya di Malaysia. Bab ini juga menyentuh tentang rasional dan objektif kajian ini. Melalui Bab II pula, kami cuba membentangkan sistem jalanraya yang ujud di Malaysia. Daripada sistem jalanraya diseluruh negara, skop penganalisaan kami fokuskan ke negeri Melaka. Ini dirasakan perlu kerana kajian yang kami jalankan banyak melibatkan bandar Melaka. Setelah melihat secara umum tentang sistem jalanraya di negeri ini, kami sentuh pula mengenai undang undang yang diujudkan untuk melicinkan penggunaan jalanraya. Bab III, memperkatakan mengenai Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987. Disamping itu, bab ini juga menyentuh secara ringkas undang undang kecil yang diujudkan dibawah Ordinan Lalulintas Jalan 1958. seterusnya dalam Bab IV, kami cuba menganalisa data data yang didapati daripada pihak pihak berkuasa yang bersangkutan Penganalisaan ini dibuat untuk melihat samada undang undang yang ada dewasa ini mencukupi untuk mengujudkan satu system jalanraya yang baik. Dalam Bab V pula kami rangkumkan cadangan cadangan dan syor syor yang kami bena hasil dari pengkajian yang dilakukan. Dari kajian yang serba ringkas ini kami harapkan pengguna pengguna jalanraya dapat menilai kembali sejauhmanakah mereka membantu kerajaan mendisiplinkan diri mereka sendiri semasa berada diatas Jalan raya. Jika bangsa manusia yang maju samada di Timur atau Barat, boleh mencapai tahap disiplin yang dikehendaki, maka kita hanya perlu membetulkan saja perancangan, perlaksanaan dan penilaian kita terhadap system yang ada. Harapan kami, agar disatu hari nanti, pengguna pengguna jalanraya di Malaysia merupakan antara yang terbaik di kalangan negara negara di dunia.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Ab. Latif UNSPECIFIED A Rahman, Kamaruzaman UNSPECIFIED Ibrahim, Mohd. Sani UNSPECIFIED Ngit, Ab Rahim UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Badaruddin, Shaharuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Transportation and communication > Traffic regulations. Enforcement K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Undang-undang jalan raya; Sistem pengangkutan jalan raya; Malaysia |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75602 |
Download
75602.pdf
Download (842kB)