Abstract
Penghasilan sesuatu produk melalui proses pengacuan merupakan satu proses pembentukan yang banyak dilakukan dewasa ini. Proses pengacuan bukan sahaja memudahkan kerja penghasilan sesuatu barangan malah dapat menjimatkan masa serta kos yang terlibat untuk satu jangkamasa yang panjang. Produk yang dihasilkan bukan sahaja dapat diseragamkan malah kualiti produk tersebut juga dapat dikekalkan selagi acuan yang digunakan tidak mengalami sebarang kerosakan atau kecacatan. Computer Aided Design atau CAD merupakan satu sistem yang memudahkan penggunanya merekabentuk sebarang bentuk yang diingini dengan berbantukan komputer. Dengan meningkatnya teknologi yang ada sekarang ini, sistem CAD bukan sahaja memudahkan proses merekabentuk malah aplikasinya kini turut diperkembangkan agar ianya dapat berinteraksi dengan sistem-sistem luaran seperti mesin-mesin CNC agar dapat mengintrepretasikan maklumat-maklumat rekabentuk yang telah dibuat sebelumini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Joannes, Donovan UNSPECIFIED Lenjau, William UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Computer-aided design. CAD/CAM systems |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma in Mechanical Engineering |
Keywords: | Computer Aided Design, acuan sabun, proses pembentukan |
Date: | 1995 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75419 |
Download
75419.pdf
Download (177kB)