Mengesan pendekatan pengajaran konseptual dan prosedural yang digunakan oleh pensyarah fakulti TMSK UiTM Kelantan / Wan Norliza Wan Bakar … [et al.]

Wan Bakar, Wan Norliza and Mahmud, Maziah and Md Nor, Norlaila and Wan Ramli, W. Khairiyah Hulaini (2008) Mengesan pendekatan pengajaran konseptual dan prosedural yang digunakan oleh pensyarah fakulti TMSK UiTM Kelantan / Wan Norliza Wan Bakar … [et al.]. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Matematik adalah satu bidang ilmu yang penting kerana kegunaannya yang meluas dalam sernua lapisan masyarakat. Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun memerlukan rakyat yang berketrampilan dalam matematik. Walaubagaimanapun, kajian-­kajian terdahulu telah memberi gambaran secara umum senario proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang berlaku di Malaysia iaitu menitikberatkan pemikiran prosedural sahaja dan bukan menjadi seorang yang berketerampilan dalam matematik. Oleh itu, kajian kami ini berhasrat untuk menumpukan perhatian secara khusus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti TMSK, UiTM Kelantan. Objektif kajian kami ialah mengenalpasti samada pensyarah menggunakan kaedah pengajaran konseptual, kaedah pengajaran prosedural atau gabungan kaedah pengajaran konseptual dan prosedural, keberkesanan kaedah konseptual, prosedural dan gabungan kedua-dua kaedah tersebut terhadap pembelajaran pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Seramai 3 orang pensyarah dan 72 orang pelajar telah dilibatkan dalam kajian ini. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temubual, soal­selidik dan hasil kerja pelajar. Pengumpulan data dimulakan dengan pemerhatian cara pengajaran pensyarah, diikuti dengan temubual pensyarah. Seterusnya, kajian diteruskan dengan soal-selidik dan mengumpulkan hasil kerja pelajar yang diberikan oleh pensyarah. Data-data pemerhatian clan temubual dijadualkan bagi mendapatkan klasifikasi kaedah pengajaran yang digunakan. Data soal-selidik dianalisis dengan menggunakan SPSS. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga pensyarah melaksanakan gabungan kaedah pengajaran konseptual dan prosedural. Walaubagaimanapun, terdapat 2 pensyarah yang menumpukan penggunaan kaedah prosedural. Keberkesanan kaedah yang digunakan terbukti apabila pelajar mencapai peratus lulus yang tinggi dalam setiap subjek yang diajar oleh pensyarah. Oleh itu, adalah dicadangkan satu kajian masa hadapan untuk mengenalpasti implikasi kaedah pengajaran yang berbentuk gabungan kaedah konseptual dan prosedural dengan penekanan terhadap kaedah [rosedural dijalankan terhadap para pelajar.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Bakar, Wan Norliza
wliza349@uitm.edu.my
Mahmud, Maziah
maziah740@uitm.edu.my
Md Nor, Norlaila
nlaila907@uitm.edu.my
Wan Ramli, W. Khairiyah Hulaini
wkriyah@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Director
Ab Rahman, Russin@ Muhamed
UNSPECIFIED
UiTM Representative
Abdulatiff, Nik Kamarulzaman
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences
Keywords: Matematik, pengajaran dan pembelajaran, pensyarah dan SPSS
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75385
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 75385.pdf] Text
75385.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

75385

Indexing

Statistic

Statistic details