Transliterasi manuskrip melayu dural-nafis (mss 2488) / Fairuzah Basri, Nafisiah Abdul Rahman and Musa Ahmad

Basri, Fairuzah and Abdul Rahman, Nafisiah and Ahmad, Musa (2008) Transliterasi manuskrip melayu dural-nafis (mss 2488) / Fairuzah Basri, Nafisiah Abdul Rahman and Musa Ahmad. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Penyelidikan ini merupakan kajian teks dan transliterasi naskhah MSS 2488 yang didapatkan dari Pusat Manuskrip Melayu (PMM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Naskhah ini merupakan koleksi beberapa kitab dan risalah yang telah disalin oleh penyalin naskhah. Terdapat 8 judul karya dalam naskhah ini yang ditulis oleh pengarang asal yang berbeza. Namun, kelapan-lapan judul karya yang dikumpulkan oleh penyalin dalam satu naskhah ini mengandungi aspek perbincangan yang sama, iaitu aspek tasawuf falsafah yang berkait rapat dengan akidah umat Islam, iaitu tauhid. Oleh kerana kitab pertama yang terkandung pada naskhah MSS 2488 ini ialah kitab Dur al-Nafis, maka PMM, PNM telah menamakan naskhah ini sebagai Dur al-Nafis. Pengarang asal kitab Dur al-Nafis ialah Muhamad Nafis al-Banjari yang merupakan seorang ulama Melayu yang terkenal berasal dari Banjarmasin, Kalimatan Selatan, Indonesia. Kitab ini dan risalah lain yang terkandung dalam naskhah MSS 2488 ini membicarakan aspek tasawuf falsafah secara terperinci. Selain dari perbincangan teks naskhah, penyelidikan ini juga melibatkan aspek estetika pada naskhah khususnya penggunaan iluminasi pada setiap akhir satu kitab atau risalah. Iluminasi yang dilakarkan oleh penyalin memberi satu identiti tersendiri pada naskhah ini dari naskhah asal setiap satu judul kitab atau naskhah salinan lain yang mempunyai judul yang sama tetapi penyalin yang berbeza. Justeru itu, naskhah ini merupakan karya penyalin yang mempunyai satu wajah baru.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74602.pdf] Text
74602.pdf

Download (172kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

74602

Indexing

Statistic

Statistic details