Akhlak perniagaan Islam dalam sektor pengeluaran / Dr Rossidi Usop

Usop, Rossidi (2022) Akhlak perniagaan Islam dalam sektor pengeluaran / Dr Rossidi Usop. Planet MASMED (1). pp. 18-20. ISSN 2805-5535

Abstract

Dalam perniagaan salah satu gagasan yang penting adalah nilai dan akhlak di dalam sektor pengeluaran. Pakar pakar ekonomi mendefinisikan pengeluaran sebagai penciptaan kekayaan dengan cara mengeksploitasi sumbersumber alam semula jadi berupa anugerah Allah S.W.T seperti sumber kekayaan hutan, sumber kekayaan lautan, sumber kekayaan bumi seperti perlombongan mineral, sumber kekayaan daripada haiwan dan sumber-sumber lain yang belum diterokai dengan sepenuhnya seperti sumber tenaga matahari, sumber hidro (air), sumber angin dan sumber api. Menurut Yusuf Al-Qaradhawi (2009) Islam tidak pernah memisahkan ekonomi dan akhlak seperti falsafah kapitalis yang menjadikan keuntungan materialistik sebagai objektif utama dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Al-Quran mengingatkan kepada manusia akan pelbagai kekayaan semula jadi pada beberapa ayat dan surat. Di dalam surah al-Nahl, Allah S.W.T menerangkan tentang kekayaan dari pelbagai sumber dan perolehan seperti dari sumber haiwan dengan perolehan hasil pengeluaran seperti daging, susu, kulit dan sebagainya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan” (Surah an-Nahl 16:5). Dalam pada itu, dalam surah yang sama, Allah S.W.T juga memberi peringatan tentang kekayaan sumber dari tumbuh-tumbuhan dalam firmanya yang bermaksud: “Dan dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan, sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan” (Surah an-Nahl 16:11). Selanjutnya, surah an-Nahl ayat 14-pula mengingatkan kita kepada sumber kekayaan lautan dengan peluang untuk menghasilkan kekayaan dari perolehan hasil perikanan, mutiara dan sebagainya. Manakala, sumber untuk diusahakan dalam kegiatan perlombongan disebutkan dengan jelas di dalam al-Quran seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia” (Surah al-Hadid 57:25).

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Usop, Rossidi
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Planet MASMED
ISSN: 2805-5535
Number: 1
Page Range: pp. 18-20
Keywords: Akhlak, perniagaan, Islam, sektor pengeluaran
Date: June 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74482
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74482.pdf] Text
74482.pdf

Download (3MB)

ID Number

74482

Indexing

Statistic

Statistic details