Kajian kepuasan pembeli terhadap penyewa campuran di pusat membeli belah. Kajian kes : JUSCO Bukit Raja Klang / Mohd Raimie Suffian Abd Rahman

Abd Rahman, Mohd Raimie Suffian (2010) Kajian kepuasan pembeli terhadap penyewa campuran di pusat membeli belah. Kajian kes : JUSCO Bukit Raja Klang / Mohd Raimie Suffian Abd Rahman. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Penulisan ini berkisarkan kepada tahap kepuasan pembeli terhadap penyewa campuran yang terdapat di dalam pusat membeli belah Jusco Bukit Raja Klang. Secara umumnya hasil kajian kajian terdahulu, dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan kompleks membeli belah ialah lokasi, tataatur penyewa campuran dan rekabentuk bangunan, promosi pemasaran, nilai sewaan, pengurusan harta kompleks beli - belah yang baik, dan harga jualan. Faktor-faktor ini juga sedikit sebanyak memberi satu langkah yang terbaik dalam pembaharuan pusat membeli belah pada masa kini. Dalam masa yang sama, perkara yang paling penting dalam sesebuah pusat membeli belah adalah kepuasan pengunjung. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengkaji kesan kepuasan pembeli terhadap penyewa campuran dari segi kepelbagaian barangan, susunaturdan rekabentuk kedai. Susunan penyewa campuran yang tidak teratur boleh merosakkan kompleks membeli-belah. Selain itu, kekurangan dari segi kepelbagaian barangan dan rekabentuk kedai yang kurang menarik juga akan mencacatkan pusat membeli belah. Langkah- langkah yang sewajarnya perlu dilakukan oleh pihak pengurusan pusat membeli belah JUSCO Bukit Raja dalam menangani masalah penyewa campuran untuk memuaskan pengunjung. Penulis berharap kajian ini dapat merungkai tahap kepuasan pengunjung terhadap penyewa campuran dan tindakan pihak pengurusan pusat membeli belah JUSCO Bukit Raja bagi menagani masalah ini untuk kebaikkan masa akan datang.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Rahman, Mohd Raimie Suffian
2006132355
Subjects:
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Sarjana Muda Pengurusna Hartanah (Kepujian)
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/7439
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of MOHD RAIMIE SUFFIAN BIN ABD RAHMAN 10_24.pdf] Text
MOHD RAIMIE SUFFIAN BIN ABD RAHMAN 10_24.pdf

Download (772kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

7439

Indexing

Statistic

Statistic details