Abstract
Penulisan ini berkisarkan kepada tahap kepuasan pembeli terhadap penyewa campuran yang terdapat di dalam pusat membeli belah Jusco Bukit Raja Klang. Secara umumnya hasil kajian kajian terdahulu, dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan kompleks membeli belah ialah lokasi, tataatur penyewa campuran dan rekabentuk bangunan, promosi pemasaran, nilai sewaan, pengurusan harta kompleks beli - belah yang baik, dan harga jualan. Faktor-faktor ini juga sedikit sebanyak memberi satu langkah yang terbaik dalam pembaharuan pusat membeli belah pada masa kini. Dalam masa yang sama, perkara yang paling penting dalam sesebuah pusat membeli belah adalah kepuasan pengunjung. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengkaji kesan kepuasan pembeli terhadap penyewa campuran dari segi kepelbagaian barangan, susunaturdan rekabentuk kedai. Susunan penyewa campuran yang tidak teratur boleh merosakkan kompleks membeli-belah. Selain itu, kekurangan dari segi kepelbagaian barangan dan rekabentuk kedai yang kurang menarik juga akan mencacatkan pusat membeli belah. Langkah- langkah yang sewajarnya perlu dilakukan oleh pihak pengurusan pusat membeli belah JUSCO Bukit Raja dalam menangani masalah penyewa campuran untuk memuaskan pengunjung. Penulis berharap kajian ini dapat merungkai tahap kepuasan pengunjung terhadap penyewa campuran dan tindakan pihak pengurusan pusat membeli belah JUSCO Bukit Raja bagi menagani masalah ini untuk kebaikkan masa akan datang.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Mohd Raimie Suffian 2006132355 |
Subjects: | |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Sarjana Muda Pengurusna Hartanah (Kepujian) |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/7439 |
Download
MOHD RAIMIE SUFFIAN BIN ABD RAHMAN 10_24.pdf
Download (772kB)