Abstract
Malaysia terkenal kerana seni dan budayanya yang halus dan indah. Senirupa tudung saji adalah salah satu dari cabang seni yang menjadi warisan turun-temurun budaya Melayu dan masih kekal lagi hingga kini bak kata pepatah, 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan'. Ketinggian daya cipta serta kreativiti yang halus seniman dahulukala tetap terserlah keseniannya. Nilai-nilai keindahan yang terdapat pada tudung saji juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan hasil-hasil seni yang lain. Oleh itu secara tidak langsung ia telah menjadi satu hasil seni yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Nilaian seni ini selain dari segi penggunaannya, estetikanya termasuk jugalah dari segi keaslian, kemahiran, pengetahuan, pengalaman serta bakat senimannya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamzah, Salina 87149472 |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma in Art and Design |
Keywords: | Senirupa, tudung saji, budaya |
Date: | 1990 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74370 |
Download
74370.pdf
Download (201kB)