Abstract
Kajian ini meninjau aspek penilaian prestasi pensyarah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Tujuan utama kajian ini untuk membuat analisis perbandingan antara kaedah penilaian prestasi SSB dan kaedah penilaian kabur. Bagi kajian ini model penilaian kabur diadaptasi daripada model penilaian markah kabur Biswas R. (6) dan kaedah penaakulan kabur Feng Chu (3) dengan beberapa pengubahsuaian. Bagi tujuan kajian ini skala penilaian disesuaikan dengan format skala kabur. Nilai penilaian yang diperolehi diterjemahkan kepada nilai keahlian kabur dengan fungsi keahlian kabur bagi setiap pernbolehubah linguistik. Hasil kajian melalui kaedah biasa menunjukkan susunatur pencapaian prestasi individu hanya berdasarkan nilai peratusan. Manakala pengukuran skala integer adalah cenderung ke arah nilai yang sama (kurang kepelbagaian). Kaedah penilaian kabur menunjukkan susunatur yang lebih terserak kerana menggunakan skala yang lebih fleksibel (tidak tertakluk kepada nilai integer sahaja). Penyusunan prestasi individu dibuat melalui penaakulan kabur dengan menggunakan gabungan kriteria-kriteria tertentu. Ketepatan kaedah ini bergantung kepada kejituan kriteria keputusan yang ditakrifkan. Berdasarkan perbandingan tersebut kajian mendapati penilaian kabur lebih realistik kerana pencapaian prestasi individu dinilai oleh kekuatan gabungan pelbagai kriteria.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Mahmod UNSPECIFIED Mohamad, Nadzri UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 2 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 270-277 |
Keywords: | Penilaian, set kabur, nombor segitiga kabur, penaakulan kabur, keputusan pelbagai kriteria, pembuatan keputusan |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74283 |