Abstract
Bidang komunikasi merupakan satu keperluan dalam proses pembangunan negara. Melalui media massa, masyarakat berupaya membangunkan diri mereka kerana masyarakat dapat membaca, mendengar, melihat segala maklumat yang disampaikan sama ada maklumat mendatangkan kesan positif atau sebaliknya. Media massa adalah elemen penting sebagai agen perubahan, agenda setter dan agen sosialisasi (Ainal, 1987: 16). Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak dan media elektronik. Media seringkali digunakan untuk membantu pelbagai pihak bagi mencapai matlamat tertentu. Majoriti individu akan meluangkan sedikit masa mereka bagi mendapatkan maklumat daripada media massa. Ini menjadikan media massa bukan lagi bahan sampingan malah telah menjadi keperluan yang penting dalam hidup seseorang individu itu. Media berperanan penting dalam menghubungkan bahagian-bahagian dalam masyarakat dan penurunan warisan budaya dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. la juga berperanan sebagai memberi hiburan kepada orang ramai agar mereka dapat berehat setelah penat bekerja. Oleh itu media massa bertanggungjawab mendedahkan khayalak kepada kesenian dan kebudayaan seperti muzik.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammad, Mokhtar UNSPECIFIED Mohamad, Abdullah @ Kassim UNSPECIFIED Mohd. Salleh, Illias UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library information networks > Individual international networks, projects, etc > Social media. Online social networks |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) > Bureau of Research and Consultancy |
Keywords: | Komunikasi, media massa, agenda setter |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74269 |
Download
74269.pdf
Download (182kB)