Abstract
Songket adalah satu warisan seni melayu yang harus dikekalkan kerana ia tetap menjadi kebanggan di majlis-majlis rasmi dan acara-acara keramaian. Tetapi, kerana kerumitan penghasilannya serta pulangan yang kecil bagi penenun, seni ini dikhuatiri akan lupus ditelan zaman. Menyedari hakikat ini, penyelidikan ini diusahakan agar seni ini dapat dipertahankan dengan mengenalpasti kelemahan kaedah penghasilan songket secara tradisional dan mengubahsuai kaedah lama itu dengan mengambil kira teknologi tenunan masa kini. Pengubahsuaian yang dilakukan ialah menggunakan peranti corak 'dobby' dalam kawalan mencorak songket secara mekanikal. Tenunan yang dilakukan maseh menggunakan akik tangan, tetapi bertorak terbang. Oleh itu, akik yang digunakan bolehlah disebut akik separa mekanisasi. Dalam menggunakan dobby pula, pengubahsuaian juga dilakukan kepada wayar hild dan pelan atur masuk (drawing-in) untuk menenun songket.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammad, Jamaluddin UNSPECIFIED Salleh, Jamil UNSPECIFIED Wan Ahmad, Wan Yunus UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) N Fine Arts > NX Arts in general > Contemporary, The, in art |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Applied Sciences |
Programme: | Diploma in Applied Sciences |
Keywords: | Songket, corak dobby, mekanisasi |
Date: | 1992 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74231 |
Download
74231.pdf
Download (109kB)