Abstract
Penyelenggaraan perparitan merupakan satu elemen yang penting dalam sesebuah penempatan dan sesuatu kawasan, bagi menjamin keharmonian dalam kehidupan manusia seharian. Setiap perparitan khususnya yang di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan haruslah sentiasa di jaga dan di selenggara dengan baik agar kemajuan ekonomi sesuatu kawasan dapat di nikmati bersama. Pada masa kini didapati perparitan sudah kurang berkesan untuk mengalirkan air keluar dengan cepat dari yang selalunya. Menyedari kepentingan ini, maka tiga buah Pihak Berkuasa Tempatan telah dipilih untuk dibuat kajian iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang. Kajian ini tertumpu pada pengurusan penyelenggaraan perparitan serta masalah-masalah yang menyumbang kepada kejadian ini. Penganalisaan juga dibuat bagi mengetahui punca-puna bagi masalah-masalah ini. Akhir sekali, beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah masalah yang wujud dalam menjalankan kerja pengurusan penyelenggaraan perparitan bagi kawasan kajian. Di samping itu juga beberapa cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi sistem pengurusan yang sedia ada.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azmi, Tazifuzin 2000667744 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Hasim, Mohamad Sufian UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Sources of water supply > Rivers, lakes, ponds, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor of Building Surveying (Hons.) |
Keywords: | Penyelenggaraan perparitan, Pihak berkuasa tempatan, Kemajuan ekonomi |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74156 |
Download
74156.pdf
Download (229kB)