Sumber komputer dan sumber pengetahuan daripada internet: satu kajian kes di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah teknik aliran teknikal / Mohd Yusop Ab. Hadi

Ab. Hadi, Mohd Yusop (2002) Sumber komputer dan sumber pengetahuan daripada internet: satu kajian kes di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah teknik aliran teknikal / Mohd Yusop Ab. Hadi. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.
Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat sumber komputer bagi tujuan pembelajaran dan sumber pengetahuan subjek-subjek yang dipelajari di sekolah yang isi pelajaranya diperolehi oleh pelajar-pelajar daripada Internet. Aspek-aspek yang dikaji ialah: sumber komputer untuk tujuan pembelajaran dan subjek yang isi pelajarannya diperolehi oleh pelajar melalui komputer. Sampel kajian terdiri daripada 639 pelajar dari empat buah sekolah menengah teknik aliran teknikal. Data-data kajian dianalisis menggunakan statistik diskriptif dan statistik frekuensi iaitu min, peratusan, anova sehala, korelasi Pearson dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pembelajaran berbantukan komputer masih di tahap sederhana tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk dimajukan di kalangan pelajar-pelajar aliran teknikaI. Beberapa cadangan dikemukakan bagi tujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenalpasti sumber komputer untuk pembelajaran dan mempelajari isi pelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional melalui Internet.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 74061.pdf]
Text
74061.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics