Abstract
Penulisan ini memaparkan perbincangan mengenai pembangunan manusia yang perlu dilakukan oleh masyarakat sesebuah negara. Pembangunan ini memerlukan kombinasi yang mantap dan lengkap dari aspek spiritual-moral dan material. Penulisan ini menegaskan bahawa manusia yang mempunyai kombinasi tersebut mampu membentuk diri serta masyarakat dalam membina kemajuan negara dan bangsa. Perbincangan ini berdasarkan pemikiran Malek Bennabi berhubung dengan manusia dan masyarakat. Di samping itu juga, penulisan ini bermatlamat untuk mengemukakan paradigma pembangunan manusia Malek Bennabi yang menitikberatkan aspek agama dalam konteks pembqngunan semasa. Pendekatan secara content analysis digunakan dalam menganalisa tema-tema pemikiran beliau. Penulisan ini merumuskan bahawa aspek pembangunan manusia perlu mengambil kira aspek dalaman individu, di samping faktor luaran seperti suasana dan interaksi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Awang, Jaffary UNSPECIFIED Jamsari, Ezad Azraai UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Islamic philosophy |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 2 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 38-48 |
Keywords: | Agama, masyarakat, konsep manusia, tamadun dan pembangunan manusia |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74022 |