Pengaruh iklim organisasi terhadap kepuasan kerja dalam organisasi sektor awam / Hashim Azmi Che Noh and Abdul Razak Kamaruddin

Che Noh, Hashim Azmi and Kamaruddin, Abdul Razak (2002) Pengaruh iklim organisasi terhadap kepuasan kerja dalam organisasi sektor awam / Hashim Azmi Che Noh and Abdul Razak Kamaruddin. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Kertas ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh iklim organisasi dalam menentukan kepuasan kerja individu dalam organisasi awam di Malaysia. Ianya juga melihat tentang peranan faktor status organisasi yang akan mewujudkan perbezaan dalam persepsi iklim organisasi dan tahap kepuasan kerja kakitangan. Dengan menggunakan kaedah pensampelan berstrata, sebanyak 14 jabatan persekutuan dan negeri telah digunakan sebagai sampel kajian. Daripada organisasi ini seramai 263 responden telah ditemubual melalui soal selidik dengan soalan-soalan tentang persepsi iklim kerja dan kepuasan mereka. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis oleh pakej SPSS dengan menggunakan statistik ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati adanya hubungan signifikan di antara iklim organisasi dan kepuasan kerja. Dimensi tanggungjawab, ganjaran, tahap presLasi, perhubungan dan identiti menonjolkan hubungan yang lebih kuat dengan kepuasan kerja bagi agensi persekutuan berbanding dengan agensi negeri. Begitu juga terdapat perbezaan iklim organisasi dan tahap kepuasan kerja bagi kcdua-dua agensi yang mana agensi persekutuan mempamerkan iklim organisasi yang lebih positif dan kepuasan kerja yang lebih tinggi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Noh, Hashim Azmi
UNSPECIFIED
Kamaruddin, Abdul Razak
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organizational effectiveness. Performance measurement
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 557-564
Keywords: Iklim organisasi, kepuasan kerja, sektor awam
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73628
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73628.pdf] Text
73628.pdf

Download (4MB)

ID Number

73628

Indexing

Statistic

Statistic details