Abstract
Hari Pekerja tahun 2002 adalah hari yang penting bagi golongan pekerja dan kesatuan sekerja. 1 Mei 2002 adalah hari yang paling bahagia dan diraikan oleh golongan pekerja dan juga kesatuan sekerja dari seluruh dunia. Oleh itu, pihak majikan,kesatuan sekerja, para pekerja dan juga kerajaan perlu mengimbas kembali segala perkara yang berlaku dalam abad ke-20 yang Iepas. Abad ke-21 ini juga menandakan abad yang paling mencabar kepada kesatuan sekerja kerana beberapa fenomena baru berlaku seperti sindrom globalisasi, kepesatan syarikat multinasional, konsep fleksibiliti di tempat kerja, pekerja sambiIan, kesan teknologi (Balakrishnan 2001b; Ray Markey 2001, Balakrishnan dan Goodijk 2002 a), dan kemerosotan , keahlian kesatuan sekerja kebangsaan (Jackson 1991; Anil Verma 2002; Manfred Weiss 2002; Gatchalian 2000, Binghay 2002; Saini 1997) Semua isu ini perlu diambilkira oleh kesatuan sekerja dan golongan pekerja dalam menghadapi alaf ini. Oleh itu, perjuangan dan tanggungjawab kesatuan sekerja terhadap kebajikan pekerja amat berat sekali. Fokus perbincangan kertas kerja ini ialah membincangkan beberapa sindrom globalisasi melalui perkembangan syarikat multinasional dan kesannya terhadap kesatuan seketja kebangsaan. Beberapa kajian kes sama ada dari negara maju atau negara Dunia Ketiga akan diberi perhatian dalam kertas kerja ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Parasuraman, Balakrishnan issac05@hotmail.com Binghay, Profesor Dr Virgel UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Employers' associations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 535-543 |
Keywords: | Globalisasi, syarikat multinasional, kesatuan sekerja |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73624 |