Sistem ayakan pada mesin memproses ikan bilis / Ismail Omar dan Firdaus Mohamad

Omar, Ismail and Mohamad, Firdaus (1992) Sistem ayakan pada mesin memproses ikan bilis / Ismail Omar dan Firdaus Mohamad. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Lapuran ini adalah sambungan dari lapuran 'Mesin Pemisah Kepala Ikan Bilis ‘. la ditulis sebagai rujukkan atau panduan kepada mereka yang ingin memahami kerja - kerja pembuatan pada bahagian sistem ayakan, pada mesin ini yang bermula dengan rekabentuk lukisan kejuruteraan, proses pembuatan dan akhir sekali cara system ayakan ini berfungsi. Projek ini dihasilkan untuk melengkapkan lagi mesin pemisah kepala ikan bilis yang telah direkacipta terlebih dahulu. la adalah untuk memudahkan pengusaha-pengusaha memproses ikan-ikan bilis sehingga menghasilkan keadaan yang bersih. Untuk pengetahuan ' Sistem Ayakan' ini adalah sebagai prototaip sahaja kerana dalam penghasilannya terdapat pelbagai kelemahan dan kekurangan samada semasa proses pembuatan dan juga operasi. Oleh itu kami sangat berharap ada pihak -pihak yang lebih mahir dalam bidang pembuatan akan meneruskan usaha - usaha untuk memperbaiki lagi mesin ini supaya dapat menghasilkan sebuah mesin yang dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna dari segi operasinya, mutu, ketahanan dan juga kebolehpercayaan yang tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73553.pdf]
Text
73553.pdf
Download (151kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics