Abstract
Aku menghitung hari. Dua hari sebelum tarikh, kami bertolak Sungai Petani. Mak dan abah di kampung sudah bersiap sedia dengan kenduri doa selamat untuk kami. Alhamdulillah. Secara tidak langsung ini juga menjadi asbab buat suami dalam keharusan meninggalkan solat Jumaat (hari bertolak) kerana bermusafir awal. (Sebelum meninggalkan rumah jangan lupa azankan di empat penjuru rumah.) Diikutkan waktu sepatutnya mendaftar di Kompleks TH Bayan Lepas adalah 8.30am, Jumaat, 27 September 2013 (21 Zulkaedah 1434). Penerbangan pula dijadualkan pada jam 12.30 tengahari. Sepatutnya sehari sebelum tarikh kami perlu ke kompleks TH untuk bermalam di sana dengan penginapan yang telah disediakan oleh pihak TH. Namun begitu, penerbangan kami ditunda ke jam 3.30 petang dan waktu mendaftar ialah sebelum 11.30 pagi. Makanya, kami bertolak pagi Jumaat, dari Sungai. Petani. Dua kereta sudah cukup. Satu Ayen membawa anakanak kami, dan satu lagi Abang Dee membawa kami bersama beg-beg yang ada. Sebelum masuk tol Sungai Petani selatan, teringat buku doa yang dibekalkan oleh pihak TH. Masyaallah. Aku tertinggal buku itu selepas solat sunat musafir tadi. Perjalanan tertunda sebentar sementara Ayen berpatah balik untuk mendapatkannya. Dugaan sungguh. Setibanya di atas jambatan, trafik agak perlahan. Pihak TH sudah beberapa kali menelefon bertanyakan keadaan kami. Jadi atau tidak pergi haji? Berada di mana sekarang? Aku sudah mula berdebar. Silap kami. Seeloknya bermalam saja di Kompleks TH.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Noor ‘Aina UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Shrines, sacred places, etc. L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Volume: | 8 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73550 |