Perbandingan di antara tangki beratap tetap dan tangki beratap bumbung / Jazzali Ramli ... [et al.]

Ramli, Jazzali and Mansor, Mohd Shahril and Ismail, Mohd Saidi and Abu Bakar, Mohd Hairuan (2002) Perbandingan di antara tangki beratap tetap dan tangki beratap bumbung / Jazzali Ramli ... [et al.]. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek ini adalah mengenai perbandingan di antara tangki beratap terapung (fixed roof tank) dan tangki beratap tetap (fixed roof tank). Kami mendapat idea untuk membuat projek mengenai tangki ini setelah kami melakukan latihan praktikal di kilang penapisan minyak ESSO di Port Dickson. Di sana kami diletakkan di bawah jabatan penyelengaraan dan baik pulih. Tugas-tugas jabatan ini adalah menyelenggara peralatan dan juga tangki untuk penyimpanan minyak. Semasa melakukan penyelengaraan ke atas tangki kami dapati bahawa terdapat pelbagai jenis tangki yang di gunakan untuk menyimpan minyak tetapi yang paling banyak di gunakan ialah tangki beratap terapung dan tangki beratap tetap. Daripada penerangan oleh juruteknik dan jurutera di sana kami di terangkan bahawa tangki beratap terapung ini di gunakan untuk menyimpan bahan-bahan yang mudah meruap seperti minyak mentah dan minyak petrol dan juga kerana sebabsebab keselamatan. Manakala tangki beratap tetap pula adalah untuk menyimpan bahan-bahan yang kurang meruap sepeti minyak diesel dan naphta. Daripada kenyataan inilah kami telah mendapat idea untuk mengkaji dengan lebih mendalam bagaimana tangki ini berfungsi dan membuktikan apa yang di nyatakan itu adalah benar. Sebelum memulakan projek ini kami telah melakukan tinjauan ke fakulti dan juga bertanya kepada pensyarah untuk memastikan belum ada pelajar yang membuat projek seperti yang kami ingin lakukan. Untuk projek ini kami telah di bimbing oleh Puan Che Faridah sebagai penasihat kumpulan kami. Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai projek ini kami telah ke kilang penapisan minyak Esso. Di sana kami telah di beri maklumat mengenai reka bentuk tangki dan sebagainya tetapi kami tidak dapat data mengenai kehilangan minyak di dalam tangki kerana maklumat itu adalah rahsia. Oleh itu kami telah mengambil keputusan untuk membina model tangki dan melakukan ujikaji. Selain itu kami juga mendapat maklumat mengenai tangki ini daripada internet dan buku. Daripada projek yang telah kami lakukan ini kami telah dapat mengaitkan beberapa teori yang pernah kami pelajari dengan tangki yang kami kaji ini. Selain itu kami juga berharap projek kami ini menjadi rujukan kepada pelajar akan datang supaya mereka dapat mengetahui jenis-jenis tangki yang di gunakan dalam industri petroleum. Selain itu pada pandangan kami juga jika di kaji dengan lebih mendalam mungkin kita akan dapat mencipta suatu alat daripada konsep yang di gunakan pada tangki tersebut.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ramli, Jazzali
99142590
Mansor, Mohd Shahril
99176516
Ismail, Mohd Saidi
99176509
Abu Bakar, Mohd Hairuan
99176530
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mat Taib, Che Faridah
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering
Programme: Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Keywords: Tangki beratap terapung, tangki beratap tetap, mekanik bendalir
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73467
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73467.pdf] Text
73467.pdf

Download (135kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

73467

Indexing

Statistic

Statistic details