Abstract
Dalam suasana K-ekonomi, tumpuan utama asas ekonomi telah berpindah daripada pengeluaran (production) kepada kepada pengetahuan (knowledge). Ini membentuk satu cabaran baru kepada organisasi, terutama daripada segi menguruskan 'sumber' bentuk baru ini. Pengurusan pengetahuan (knowledge management) telah muncul sebagai satu bidang yang baru yang harus diketahui dan difahami. Keperluan untuk mengurus pengetahuan menjadi semakin jelas, sesuai dengan kepentingannya yang strategik, ditambah pula dengan contoh-contoh kejayaan mereka yang telah mengurusnya dan kegagalan mereka yang tidak. Organisasi-organisasi di negara ini harus mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil ke arah perlaksanaan pengurusan pengetahuan bagi membolehkan mereka terus maju dan berdaya saing. Kertas ini akan membincangkan secara umum beberapa perkara utama : pengetahuan dan peranannya dalam k-ekonomi, pengenalan kepada pengurusan pengetahuan, kepentingan pengurusan pengetahuan dan beberapa langkah ke arah perlaksanaannya dalam organisasi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saidin, Aznan Zuhid UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Industrial productivity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 184-190 |
Keywords: | K-ekonomi, pengetahuan, pengurusan pengetahuan |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73382 |