Abstract
Kertas kerja ini menyentuh persoalan penemuan baru yang begitu sukar ditakrifkan dalam bidang sains sosial khususnya mengenai disiplin yang dianggap sudah mempunyai paradigm nya yang tersendiri seperti pengajian Islam. Kertas kerja ini mensasarkan pentakrifan 'penemuan baru' yang diperlukan dalam penulisan ilmiah seperti kertas kerja, artikel, tesis dan seumpamanya. Ini tidak bermakna perkara 'penemuan baru' belum pernah dibincangkan sebelum ini. Ia memang dibincangkan tetapi usaha untuk memperinci atau mengklasifikasinya belum dilakukan sewajarnya. Kajian ini bertolak daripada beberapa perbincangan tentang konsep 'penemuan baru' oleh sarjana tempatan dan luar negara. Kertas kerja ini berdasarkan penemuan baru dalam konteks kesusasteraan Islami iaitu salah satu disiplin daripada rumpun disiplin besar Pengajian Islam. Tujuannya ialah untuk mencapai satu pentakrifan yang lebih objektif tentang konsep ini. Kesimpulannya, penemuan baru dalam disiplin pengajian yang sudah established sifatnya seperti Pengajian Islam bukanlah perkara yang mustahil.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Zulkarnain UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 93-100 |
Keywords: | Thesis, penemuan baru, pengajian Islam |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73334 |