Pengurusan pengetahuan yang strategik: pengupayaan organisasi di dalam k-ekonomi / Suhaimi Sudin

Sudin, Suhaimi (2002) Pengurusan pengetahuan yang strategik: pengupayaan organisasi di dalam k-ekonomi / Suhaimi Sudin. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Pengurusan ilmu pengetahuan bermakna merekabentuk keupayaan organisasi memperolehi, berkongsi, dan menggunakan pengetahuan untuk kelangsungan dan kejayaan organisasi mencapai matlamatnya. Idea pengurusan pengetahuan telah dievolusikan oleh Peter Drucker (1993), Paul Strassmann (1994), Peter Senge (1990), Leonard-Barton (1995) dan Nonaka dan Takeuchi (1995) dan kemudiannya diberi tumpuan oleh pengkaji-pengkaji dan pengurus-pengurus. Tulisan ini memfokus kepada tiga kategori utama pendekatan pengurusan pengetahuan iaitu pendekatan mekanistik, pendekatan budaya/gelagat dan pendekatan sistematik. Strategi perlaksanaan pengurusan pengetahuan dicadangkan dengan memfokus kepada tiga aspek utama iaitu aspek proses, aspek teknologi dan aspek manusia. Kertaskerja ini juga akan membincangkan tentang pengurusan pengetahuan, pendekatan-pendekatan perlaksanaannya dan bagaimana organisasi dapat memanfaatkannya di dalam mewujudkan organisasi yang mampu bersaing di dalam k-ekonomi. Ia juga akan mengupas kesan-kesan pengurusan pengetahuan yang cekap dan berkesan, strategi perlaksanaannya dan halangan-halangan yang mungkin timbul di dalam perlaksanaannya.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sudin, Suhaimi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 19-24
Keywords: Pengurusan pengetahuan, perkongsian pengetahuan, modal intelektual, teknologi maklumat
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73318
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73318.pdf] Text
73318.pdf

Download (4MB)

ID Number

73318

Indexing

Statistic

Statistic details