Analisis semantik inkuisitif dalam perbualan implisit karya filem klasik P. Ramlee = Inquisitive semantic analysis of the implicit conversation of P. Ramlee’s classic film work / Nur Ezatull Fadtehah Hedel and Mary Fatimah Subet

Hedel, Nur Ezatull Fadtehah and Subet, Mary Fatimah (2022) Analisis semantik inkuisitif dalam perbualan implisit karya filem klasik P. Ramlee = Inquisitive semantic analysis of the implicit conversation of P. Ramlee’s classic film work / Nur Ezatull Fadtehah Hedel and Mary Fatimah Subet. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics (IJMAL), 6 (4): 8. pp. 102-118. ISSN 2600-7266

Abstract

P. Ramlee banyak menggunakan unsur tersirat dalam filem klasik arahan dan lakonannya menyebabkan pelbagai tafsiran yang wujud untuk merungkai makna tersirat yang cuba disampaikan dalam filem tersebut. Oleh itu, pendekatan semantik inkuisitif yang menekankan pentafsiran makna telah digunakan untuk merungkai makna sebenar yang disampaikan dalam filem tersebut. Berdasarkan isu tersebut, objektif kajian ini ialah mengenal pasti ujaran berimplisit dan menganalisis pemikiran, keintelektualan serta pengaruh budaya masyarakat Melayu dalam filem P.Ramlee. Kajian kualitatif dan reka bentuk deskriptif dan analisis kandungan ini telah menggunakan skrip filem-filem P. Ramlee sebagai instrumen kajian. Manakala, data dikumpul berdasarkan data primer dan sekunder seterusnya dianalisis dengan menggunakan tiga tahap iaitu semantik skrip, resonans dan inkuisitif bagi mendapatkan jawapan dihajati sehingga ke akal budi penutur. Teori yang mendasari pencarian mana ialah teori relevans daripada Sperber dan Wilson (1986,1995) dan menerapkan falsafah, akal budi serta ilmu daripada pelbagai bidang bagi mendapatkan jawapan dihajati bagi penggunaan leksikal tertentu dalam filem P. Ramlee yang dikaji. Hasil kajian mendapati, terdapat unsur pemikiran, akal budi serta pengaruh budaya masyarakat Melayu dalam ujaran berimplisit dan penggunaan leksikal tertentu juga mempunyai makna tersendiri yang perlu diperhalusi dengan lebih mendalam dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hedel, Nur Ezatull Fadtehah
nurezatullfadtehah@gmail.com
Subet, Mary Fatimah
sufatimah@unimas.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Cognitive learning. Thinking skills. Critical thinking
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Programme: Diploma Kejuruteraan Mekanikal (PURE)
Journal or Publication Title: International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics (IJMAL)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > International Journal of Modern Language and Applied Linguistics (IJMAL)
ISSN: 2600-7266
Volume: 6
Number: 4
Page Range: pp. 102-118
Keywords: Semantik inkuisitif, filem P. Ramlee, teori relevans, implisit
Date: December 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73230
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73230.pdf] Text
73230.pdf

Download (499kB)

ID Number

73230

Indexing

Statistic

Statistic details