Abstract
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada hari ini telah menyebabkan masjid dan surau tidak berfungsi secara maksimum, kehadiran jemaah terhad dan aktiviti dakwah melalui kuliah-kuliah konvensional terjejas teruk khususnya di Malaysia hasil penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, infografik dicadangkan sebagai salah satu medium dakwah interaktif secara digital yang mampu menarik minat orang awam hasil visualisasi data penyampaian maklumat kompleks yang ringkas, padat, cepat dan mudah difahami serta boleh dicapai melalui gajet moden seperti telefon pintar, tablet, laptop dan sebagainya. Ia telah digunapakai oleh institusi Islam di Malaysia seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di secara berperingkat. Maka, penyampaian dakwah Islam kembali terbuka luas tanpa sempadan masa dan ruang tertentu, berterusan dari semasa ke semasa dan meningkatkan keberkesanan dakwah itu sendiri hasil pengaplikasiannya melalui teknologi-teknologi moden bagi melahirkan ‘Super Smart Society 5.0’ selari kehendak syarak Islam.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Fauzi, Anwar anwarfauzi8a@gmail.com Anas, Norazmi UNSPECIFIED Zulkipli, Shahril Nizam UNSPECIFIED Mohd Noor, Mohd Syukri UNSPECIFIED Che Ahmat, Amin UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Posters > Posters in special styles, A-Z |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
Journal or Publication Title: | The 9th International Innovation, Invention and Design Competition 2020 INDES 2020 |
Page Range: | pp. 513-515 |
Keywords: | infografik; dakwah interaktif; pandemik COVID-19. |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73053 |