Bahasa mandarin komunikasi harian 1 / Chan Swee Kai ... [et al.]

Chan, Swee Kai and Lee, Chai Chuen and Wee, Sheau Ping and Soo, Yew Phong and Teoh, Joo Tong Bahasa mandarin komunikasi harian 1 / Chan Swee Kai ... [et al.]. UiTM Press, UiTM Shah Alam. ISBN 978-967-363-654-9

Abstract

Buku Bahasa Mandarin Komunikasi Harian 1 merupakan buku teks bagi kursus Bahasa Mandarin Tahap 1 hasil usaha lima orang pensyarah bahasa Mandarin dari kampus cawangan Universiti Teknologi MARA. Buku ini sesuai untuk kegunaan pelajar bukan penutur jati sebagai buku teks kursus bahasa Mandarin di institusi pengajian tinggi, kolej, sekolah atau pembelajaran secara kendiri. Selain itu, ia juga sesuai digunakan sebagai bahan rujukan tambahan kepada mereka yang berminat untuk menduduki peperiksaan Chinese Proficiency Test (HSK) Level 1. Buku ini merangkumi enam bab. Setiap bab mengandungi tiga perbualan yang bertemakan kehidupan seharian yang bersesuaian dengan konteks sosial para pelajar bukan penutur jati bagi memudahkan pembelajaran bahasa dalam kalangan mereka. Antara tema yang dibincangkan menerusi enam bab buku ini termasuk (i) berkenalan dengan kawan; (ii) memperkenalkan diri dan keluarga; (iii) penggunaan nombor untuk bertanyakan bilangan, tarikh, waktu; (iv) kehidupan kampus; (v) aktiviti seharian; serta (vi) hobi dan sukan. Sebagai permulaan, buku ini memperkenalkan sistem fonetik bahasa Mandarin ataupun Hanyu Pinyin, diikuti dengan pembelajaran kosa kata, perbualan dan pengenalan mengenai budaya Cina. Topik-topik budaya Cina yang didedahkan di dalam buku ini termasuk nama keluarga Cina, pohon keluarga, zodiak Cina, waktu zodiak Cina, seni guntingan kertas, dan catur Cina. Bagi mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap setiap topik atau kemahiran bahasa yang baharu dipelajari, beraneka jenis latihan dimuatkan di bahagian akhir setiap bab, misalnya latihan pengukuhan struktur ayat, latihan membaca, latihan soal jawab dan latihan bertulis. Semoga semua latihan pengukuhan yang disediakan dapat memanfaatkan para pelajar bukan penutur jati dalam menguasai dan menggunakan bahasa Mandarin dengan lebih yakin. Sekalung penghargaan ditujukan khas kepada penilai buku, iaitu Prof. Madya Dr. Low Hiang Loon dan Puan Teo Ai Min yang banyak memberi sumbangan idea yang bernas dalam usaha menerbitkan buku ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada Penerbit UiTM dan kakitangan yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Jasamu dikenang.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Chan, Swee Kai
UNSPECIFIED
Lee, Chai Chuen
UNSPECIFIED
Wee, Sheau Ping
UNSPECIFIED
Soo, Yew Phong
UNSPECIFIED
Teoh, Joo Tong
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Chinese language
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: mandarin, komunikasi, harian
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72927
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72927.pdf] Text
72927.pdf

Download (1MB)

ID Number

72927

Indexing

Statistic

Statistic details