Abstract
Buku Belajar Aksara Cina - Bahasa Mandarin Permulaan 2 merupakan buku kedua daripada tiga buku latihan yang diterbitkan khas untuk kursus bahasa Mandarin yang ditawarkan kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tekriologi MARA(UiTM). Buku ini juga boleh digunakan sebagai panduan atau rujukankepada mereka yang baru ingin mempelajari bahasa Mandarin secara kendiri. Sebanyak 75 kosa kata dalam aksara Cina telah diperkenalkan dalam buku ini. Kesemua kosa kata aksara Cina ini merupakan kosa kata yang pernah dipelajari oleh pelajar dalam buku teks Bahasa Mandarin Permulaan 2.
Buku ini mengandungi tiga bahagian utama, iaitu: (i) Latihan menulis aksara Cina mengikut urutan coretnya; (ii) Latihan menulis kosa kata dalam aksara Cina; serta (iii) Latihan mengenali dan menulis aksara Cina. Cara penyusunan buku ini membolehkan pelajar mempelajari cara menulis aksara Cina dengan lebih teratur. Mula-mula pelajar perlu menulis setiap aksara Cina mengikut urutan coret yang diberi. Setelah berlatih menulis setiap aksara Cina, pelajar hendaklah menulis kosa kata dalam aksara Cina. Seterusnya, pelajar digalakkan membuat latihan yang disediakan agar tahap penguasaan aksara Cina mereka dapat dipertingkatkan. Bagi memantapkan pemahaman pelajar, sebutan dan makna diberi untuk setiap aksara Cina. Selain itu, kod QR turut disediakan sebagai rujukan untuk memudahkan pelajar belajar menulis aksara Cina. Kami para penulis merakamkan sekalung penghargaan kepada Encik Lee Hoi Yeh untuk beberapa gambar yang beliau lukiskan dengan cantik untuk pengertian ideograf dalam buku ini.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mok, Soon Sim UNSPECIFIED Lau, Suk Khin UNSPECIFIED Goh, Chin Shuang UNSPECIFIED Tengku Shamsudden, Tengku Azeezeen UNSPECIFIED Lee, Sek Yui UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Chinese language |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Related URLs: | |
Keywords: | aksara, cina, mandarin |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72807 |