Abstract
Buku akademik bertajuk Tutorial llustrasi Digital: Motosikal 'merupakan satu koleksi penghasilan ilustrasi motosikal secara digital. Buku akademik berbentuk ilustrasi digital ini dihasilkan bertujuan untuk berkongsi dan memberi panduan kepada pemain-pemain dalam industri ini yang meliputi para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (Awam dan Swasta), pereka grafik dan juga kepada mereka yang bergiat sepenuh masa dalam penghasilan lukisan digital khasnya. Penghasilan ilustrasi digital motosikal ini dihasilkan secara berperingkat atau juga dikenali dengan proses step-by-step. Proses ilustrasi digital ini bermula dari peringkat awal bagaimana penghasilan idea (garisan asas), struktur dan juga komponen pada motosikal secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, penghasilan lakaran visual digital atau ilustrasi digital di dalam buku ini adalah berdasarkan kajian pengamatan penulis pada reka bentuk jenama-jenama motosikal yang berada di dalam pasaran tempatan dan luar negara. Kaedah pengamatan yang dijalankan adalah berdasarkan dari buku, majalah dan kajian melalui lawatan ke kedai-kedai jualan motosikal serta rujukan di Internet. Sememangnya penulis tidak berupaya untuk menghasilkan ilustrasi atau dalam erti kata reka bentuk yang sebenar dan tepat terhadap sesuatu jenama motosikal yang dikaji, namun begitu, karya yang dihasilkan di dalam buku ini sedikit sebanyak diharapkan dapat menjadi panduan kepada mereka yang inginkan pengetahuan tentang bagaimana penghasilan ilustrasi motosikal melalui teknik digital. Selain itu juga, atas faktor plagiat atau sebagainya, penulis tidak memasukkan jenama pada ilustrasi motosikal di dalam buku ini. Untuk makluman para pembaca juga, ukuran visual digital pada setiap komponen motosikal yang dihasilkan di dalam buku ini bukanlah dalam saiz dan visual yang sebenar. Akhir kata, penulis berharap dengan adanya buku seperti ini sedikit sebanyak akan menambahkan lagi koleksi buku akademik tempatan dalam bidang visual atau ilustrasi digital yang sememangnya tiada malah dimonopoli oleh buku-buku yang diimport dari luar negara.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Daimin, Ghazali UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > Motor vehicles. Cycles |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Related URLs: | |
Keywords: | ilustrasi, digital, motosikal |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72803 |