Bahasa mandarin permulaan 3: introductory Mandarin level 3 / Teh Hong Siok ... [et al.]

Teh, Hong Siok and Low, Hiang Loon and Hong, Wei San and Harun, Wan Mohamad Iskandar and Goh, Suat Bee and Huiqin, Ayisha Zhang (2021) Bahasa mandarin permulaan 3: introductory Mandarin level 3 / Teh Hong Siok ... [et al.]. UiTM Press, Shah Alam, Selangor. ISBN 9789673637713

Abstract

Buku Bahasa Mandarin Permulaan 3 ini merupakan buku teks tahap 3 untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga (B3) bagi Program Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Buku ini juga sesuai digunakan oleh semua tenaga pengajar sebagai buku teks dan para pelajar bukan penutur jati yang berminat mempelajari bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua atau bahasa ketiga (B2/B3) pada peringkat permulaan. Melalui pendekatan lapan watak dalam buku ini, pelajar didedahkan kepada aspek komunikasi bahasa Mandarin dalam kehidupan harian mereka. Sebagai tambahan, sejumlah 70 kosa kata yang terdiri daripada huruf Cina yang lazim turut diperkenalkan. Buku ini mengandungi enam bab dengan 12 dialog berdasarkan topik terpilih. Sebagai pengenalan, buku ini telah menyenaraikan fokus pembelajaran di bahagian awal setiap bab, diikuti dengan dua dialog berkaitan dengan topik terpilih. Selain itu, setiap bab juga disertakan senarai kosa kata, latihan pengukuhan struktur ayat, latihan bertulis, latihan tulisan huruf Cina dan senarai kosa kata tambahan. Penerangan ringkas mengenai penggunaan kosa kata atau tatabahasa turut diselitkan di setiap bab bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Isi kandungan dialog dalam buku ini direka khas agar bersesuaian dengan konteks sosial di Malaysia. Sesetengah kosa kata dan struktur ayat lazim yang digunakan oleh masyarakat Cina di Malaysia turut dimuatkan dalam buku ini. Hal ini penting bagi memastikan para pelajar bukan penutur jati dapat berkomunikasi dengan lebih lancar mengikut konteks perbualan masyarakat Cina di Malaysia. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar, tenaga pengajar, penyelidik mahupun mereka yang berminat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua atau bahasa ketiga (B2/ B3).

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Teh, Hong Siok
UNSPECIFIED
Low, Hiang Loon
UNSPECIFIED
Hong, Wei San
UNSPECIFIED
Harun, Wan Mohamad Iskandar
UNSPECIFIED
Goh, Suat Bee
UNSPECIFIED
Huiqin, Ayisha Zhang
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Chinese language > Mandarin dialects
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: Bahasa, mandarin, level 3
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72795
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72795.pdf] Text
72795.pdf

Download (1MB)

ID Number

72795

Indexing

Statistic

Statistic details