‘College Sweet College’ pertandingan kebersihan dan keceriaan Kolej UiTM Kampus Rembau / Sutina Junos ... [et al.]

Junos, Sutina and Othman, Ahmad Soufiean and Ahmad, Masitah and Mohamad Ali, Noor Azillah and Muhammad Fisol, Siti' Aishatul-Humairah (2022) ‘College Sweet College’ pertandingan kebersihan dan keceriaan Kolej UiTM Kampus Rembau / Sutina Junos ... [et al.]. Buletin ICAN: 9. p. 17. ISSN 2811-3802

Abstract

Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau telah mengadakan Program ‘College Sweet College’ bersama semua penghuni Kolej Tok Puan 1, Tok Puan 2 dan Dato’ Shahbandar pada 13 Jun 2022 hingga 20 Jun 2022. Program ini merupakan sebuah pertandingan kebersihan dan keceriaan kolej, rumah dan bilik pelajar yang menghuni kolej di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Program ini akan dijalankan pada setiap semester dan dijadikan sebagai program wajib anjuran JPK. Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran kolej yang sentiasa bersih dan ceria, melatih pelajar menyemai rasa sayang akan harta benda dan sentiasa menjaga kebersihan kolej, rumah dan bilik masing-masing serta memupuk sikap bekerjasama dan kreatif dalam kalangan pelajar. Pertandingan bermula pada 13 Jun 2022 sehingga 19 Jun 2022 dimana semua pelajar diberikan masa untuk memastikan kolej, rumah dan bilik mereka bersih, kemas dan ceria. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu 3 rumah terbaik bagi setiap kolej dan kategori kemuncak iaitu kolej terbaik keseluruhan antara Kolej Dato’ Shah bandar, Kolej Tok Puan 1 dan Kolej Tok Puan 2.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Junos, Sutina
UNSPECIFIED
Othman, Ahmad Soufiean
UNSPECIFIED
Ahmad, Masitah
UNSPECIFIED
Mohamad Ali, Noor Azillah
UNSPECIFIED
Muhammad Fisol, Siti' Aishatul-Humairah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Negeri Sembilan
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ICAN
ISSN: 2811-3802
Page Range: p. 17
Keywords: JPK, UiTM, Negeri Sembilan, Rembau
Date: November 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72774
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72774.pdf] Text
72774.pdf

Download (4MB)

ID Number

72774

Indexing

Statistic

Statistic details