Abstract
Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS), Kampus Seremban dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa (APB), Kampus Seremban telah menjalankan satu projek komuniti “Program Perkampungan Ilmu” bersama dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang. Program ini telah berjaya dijalankan secara bersemuka pada 2 September 2022 (Jumaat) dan berakhir pada 4 September 2022 (Ahad), yang melibatkan sejumlah 80 orang pelajar calon Sijil Menengah Malaysia (SPM) dari SMK Senawang, 15 orang fasilitator dari pihak GPMS dan 9 orang penceramah dari kalangan pensyarah APB Kampus Seremban. Tujuan program ini diadakan bertujuan memperkasakan usaha sama antara GPMS Kampus Seremban bersama APB Kampus Seremban melalui penglibatan pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Senawang. Selain itu, program ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada calon-calon peperiksaan SPM yang terpilih dari SMK Senawang untuk merasai sendiri kemudahan dan fasiliti yang ada di UiTMCNS Kampus Seremban serta memberi mereka pendedahan awal berkenaan kehidupan sebenar di kampus. Pihak Sekolah juga menanam harapan agar dengan pendedahan awal tersebut dapat meningkatkan keinginan dan keazaman mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi setelah mereka berjaya menamatkan peperiksaan SPM kelak. Terdapat satu kajian yang dikongsikan oleh seorang perunding latihan yang dikenali sebagai Nik Akmal dan beliau mendapati, data daripada Jabatan Perangkaan Malaysian (DOSM) mendedahkan bahawa lebih 72% rakyat Malaysia memilih untuk tidak menyambung pelajaran mereka selepas peperiksaan SPM (Hafiz Mutalib, 2022). Justeru itu, Program Perkampungan Ilmu ini dilihat sebagai suatu kerjasama yang utuh dan efektif di antara pihak SMK Senawang, GPMS Kampus Seremban dan juga APB Kampus Seremban.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Amzah, Rodhiah UNSPECIFIED Nik Mat, Nik Mahfuzah UNSPECIFIED Juhari, Siti Nur Aisyah UNSPECIFIED Asnor, Nur Farahin Nadia UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ICAN |
ISSN: | 2811-3802 |
Page Range: | pp. 12-14 |
Keywords: | Perkampungan Ilmu, SMK Senawang, UiTMCNS, Seremban |
Date: | November 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72771 |