Analisis penerapan nilai-nilai murni terhadap pelaksanaan kursus matapelajaran pengajian umum (MPU) di UiTM / Noor Syahida Md Soh

Md Soh, Noor Syahida (2022) Analisis penerapan nilai-nilai murni terhadap pelaksanaan kursus matapelajaran pengajian umum (MPU) di UiTM / Noor Syahida Md Soh. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti yang membawa perubahan kepada individu mengikut norma dan nilai sesebuah masyarakat. Perbincangan mengenai peranan institusi pengajian tinggi bagi menghasilkan graduan yang baik dan berketerampilan tinggi telah menjadi isu kepada peminggiran penerapan nilai dalam kalangan pelajar universiti. Kes-kes keruntuhan nilai dalam kalangan remaja yang meningkat saban tahun telah memberi kesan kepada keberkesanan pengajaran, serta penanda aras kepada keperluan institusi pengajian tinggi memperbaiki pendekatan kaedah pengajaran yang digunakan untuk menerapkan nilai-nilai murni. Justeru,objektif kajian ini ialah mengkaji nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam pengajaran kursus MPU di UiTM berasaskan kepada nilai murni di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, serta menganalisis kaedah penerapan nilai-nilai murni yang digunakan. Seterusnya, kajian ini mencadangkan kerangka kaedah penerapan nilai-nilai murni bagi kursus MPU. Kajian ini menggunakan paradigma interpretivism dengan rekabentuk fonomenologi. Data kualitatif yang diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian terhadap lima orang pensyarah yang mengajar kursus MPU, serta lima orang pelajar mereka telah dianalisis secara deskriptif dengan menjalankan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga bentuk nilai murni yang diterapkan oleh pensyarah di dalam pengajaran kursus MPU iaitu nilai murni berbentuk afektif, kognitif dan psikomotor. Selain itu, terdapat tiga kaedah penerapan nilai murni yang digunakan di dalam pengajaran kursus MPU, iaitu 1) kaedah pelaksanaan penerapan nilai murni yang meliputi kaedah sebelum, semasa, dan selepas; 2) metodologi pengajaran kursus MPU yang meliputi metodologi pengajaran berpusatkan guru berteknologi tinggi dan rendah, serta metodologi pengajaran berpusatkan pelajar berteknologi tinggi dan rendah; dan 3) kaedah pentaksiran yang meliputi jenis tugasan dan penilaian tugasan. Dapatan kajian ini turut membentuk satu kerangka kaedah penerapan nilai murni yang selari dengan matlamat pendidikan berasakan nilai. Secara kesimpulan, dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada para pensyarah untuk menambahbaik metodologi pengajaran mereka agar proses penerapan nilai murni melalui pengajaran dapat dilaksanakan serta menghasilkan graduan masa hadapan yang holistik dan berdaya maju

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Soh, Noor Syahida
2017965957
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ismail, Huzaimah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media > Moral and ethical aspects
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doktor Falsafah Pengajian Islam Kontemporari - IC990
Keywords: nilai murni, MPU, UiTM
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72733
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72733.pdf] Text
72733.pdf

Download (311kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

72733

Indexing

Statistic

Statistic details