Abstract
Kemahiran membaca Al-Quran adalah merupakan satu keperluan asas bagi setiap umat Islam dan tanpa penguasaan ilmu Al-Quran dari aspek bacaan
yang baik akan menyebabkan perlaksanaan ibadah Islam yang lain tidak dapat dijalankan secara sempurna. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar-pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan, Sarawak. Seramai 56 orang responden telah di pilih untuk menjalani ujian kemahiran membaca Al-Quran dari aspek ujian bacaan dan ujian pengetahuan ilmu Tajwid. Sampel dipilih secara rawak mudah dari kelas-kelas yang mengikuti kursus Prinsip Asas Islam bagi pelajar-pelajar semester satu. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian bacaan Al-Quran dan soal selidik. Data-data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 15.0 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti frekuensi dan peratus. Ujian Crosstab juga dilakukan untuk melihat tahap bacaan pelajar dengan faktor dorongan dan umur mula membaca Al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar berdasarkan peratusan tahap pencapaian bacaan adalah sederhana. Hasil analisis juga menunjukan terdapatnya pengaruh faktor dorongan ibubapa terhadap pencapaian tahap bacaan Al-Quran pelajar.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali Hasan, Ahmad Rozaini UNSPECIFIED Omar, Sharifah Anom UNSPECIFIED Wan Yon, Wan Ariffin UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak |
Keywords: | UiTM Sarawak, al-quran,ibadah |
Date: | August 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72307 |
Download
72307.pdf
Download (2MB)