Abstract
Melalui laporan ini, kita akan dapat mengetahui tentang kerja pembinaan struktur bawah. Kita juga dapat mengetahui fungsi sebenar Jabatan Kerja Raya di Negara kita. Dimana 'core business' bagi JKR adalah tertumpu kepada Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan. Selain itu kita akan mengetahui tentang fungsi asas bagi sesebuah bangunan, tip pembinaan asas,
jenis cerucuk, kerja-kerja cerucuk termasuklah kerja-kerja melantak cerucuk, dan ujian beban. Disini juga saya telah mencari masalah-masalah yang sering dihadapi semasa kerja-kerja cerucuk. Walaupun masalah-masalah tersebut dianggap mudah daripada kebanyakan pihak, ia sepatutnya diberi perhatian kerana untuk menghasilkan sesebuah bangunan yang kukuh dan selamat kualiti kerja perlulah diberi penekanan terutama kerja-kerja yang melibatkan struktur bangunan. Di dalam laporan ini pembaca juga dapat mengetahui jenis jenis tetulang serta kerja-kerja berkaitannya seperti kerja pengimpalan pembentukan, pembersihan dan pemeriksaan tetulang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. A. Rahman, Noor Izzati UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mahmood, Mahayudin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Architectural engineering. Structural engineering of buildings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Pembinaan bangunan, jenis-jenis cerucuk, peralatan melantak, tetulang |
Date: | 2003 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72222 |