Penambahbaikan berterusan Pasukan Audit Dalam UiTM Cawangan Negeri Sembilan / Wan Elina Faradilla Wan Khalid ... [et al.]

Wan Khalid, Wan Elina Faradilla and Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu and Rosle, Alia Nadira and Zainal Abidin, Nurul Auni and Ahmad, Siti Noor Dina and Mohd Ruslan, Siti Zaharah (2022) Penambahbaikan berterusan Pasukan Audit Dalam UiTM Cawangan Negeri Sembilan / Wan Elina Faradilla Wan Khalid ... [et al.]. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

International Organization for Standardization (ISO) mendefinisikan pengauditan sebagai proses yang sistematik, bebas dan didokumenkan untuk mendapatkan bukti objektif dan menilainya secara objektif untuk menentukan sejauh mana kriteria audit dipenuhi. Audit dalaman dijalankan oleh organisasi melalui juruaudit terlatih bagi memastikan organisasi mematuhi kepada sistem pengurusan piawai (Lenning & Gremyr, 2022). Audit dalaman di UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun adalah berdasarkan ISO 9001:2015 dan Code of Practice for Institutional Audit (COPIA). Kaizen merupakan terminologi Jepun untuk usaha penambahbaikan berterusan yang melibatkan pengurangan kos, peningkatan kualiti dan kepuasan hati pelanggan (Balaji & Gopal, 2021; Suárez-Barraza et al. 2011). Secara umumnya, penambahbaikan berterusan merupakan salah satu cara untuk mencapai kecemerlangan dalam kualiti di mana penglibatan semua individu dalam satu organisasi yang bekerja bersama-sama bagi melakukan penambahbaikan (Singh & Singh, 2015).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 71785.pdf]
Text
71785.pdf
Download (224kB)
Indexing & Metrics