Abstract
International Organization for Standardization (ISO) mendefinisikan pengauditan sebagai proses yang sistematik, bebas dan didokumenkan untuk mendapatkan bukti objektif dan menilainya secara objektif untuk menentukan sejauh mana kriteria audit dipenuhi. Audit dalaman dijalankan oleh organisasi melalui juruaudit terlatih bagi memastikan organisasi mematuhi kepada sistem pengurusan piawai (Lenning & Gremyr, 2022). Audit dalaman di UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun adalah berdasarkan ISO 9001:2015 dan Code of Practice for Institutional Audit (COPIA). Kaizen merupakan terminologi Jepun untuk usaha penambahbaikan berterusan yang melibatkan pengurangan kos, peningkatan kualiti dan kepuasan hati pelanggan (Balaji & Gopal, 2021; Suárez-Barraza et al. 2011). Secara umumnya, penambahbaikan berterusan merupakan salah satu cara untuk mencapai kecemerlangan dalam kualiti di mana penglibatan semua individu dalam satu organisasi yang bekerja bersama-sama bagi melakukan penambahbaikan (Singh & Singh, 2015).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Khalid, Wan Elina Faradilla UNSPECIFIED Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu UNSPECIFIED Rosle, Alia Nadira UNSPECIFIED Zainal Abidin, Nurul Auni UNSPECIFIED Ahmad, Siti Noor Dina UNSPECIFIED Mohd Ruslan, Siti Zaharah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Negeri Sembilan P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin APB Edisi 9 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Audit Dalam, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, International Organization for Standardization, ISO |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71785 |