Abstract
Pada tarikh 12 September 2022, hari Isnin, bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, dua orang pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau iaitu Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli dan Encik Mohd Ridzuan Bin Ibrahim telah mewakili UiTM Kampus Rembau mengadakan pameran kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diadakan bersempena dengan Minggu Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Rembau di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Haji Adnan, Kota, Rembau, Negeri Sembilan. Minggu Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Rembau ini pula diadakan bersempena dengan Program Bulan STEM di peringkat Daerah Rembau. Selain daripada UiTM, terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi lain dan agensi-agensi kerajaan yang turut serta menyertai pameran kerjaya ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ramli, Ahmad Azman UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 9 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | kerjaya, Minggu Sains dan Teknologi, Rembau, Negeri Sembilan |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71776 |