Abstract
Situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak Mac 2020 telah memberi impak yang besar kepada hampir setiap negara dan ia melibatkan semua bidang. Ini telah memberi kesan terhadap institusi pendidikan secara global, yang mana kebanyakan negara telah menutup institusi Pendidikan daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Rentetan daripada itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah berubah daripada secara bersemuka di dalam kelas kepada dalam talian bagi memastikan PdP dapat dilaksanakan. Perancangan dan persediaan PdP secara dalam talian telah dibuat dalam tempoh masa yang singkat. Terdapat pelbagai peralatan dan aplikasi ICT yang boleh dimanfaatkan oleh pensyarah dalam menyampaikan bahan pengajaran dan menilai prestasi pelajar menerusi peperiksaan dalam talian. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah Kahoot, Padlet, Quizizz, Google Meet, Google Classroom dan Microsoft Teams. Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga telah menyediakan satu platform utama iaitu UFuture, yang membolehkan pensyarah melaksanakan pengajaran secara dalam talian mengikut kesesuaian keperluan pengajaran masing-masing.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Normaziah UNSPECIFIED Fadzillah, Nor Azlina Aziz UNSPECIFIED Hashim, Norhafizah UNSPECIFIED Yusof, Rozianiwati UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 9 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | pembelajaran, pengajaran, COVID-19, UiTM Kampus Seremban |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71700 |