Perkembangan seni rupa di Malaysia: Tumpuan kepada elemen kebudayaan / Nur Hasliza Abdulah … [et al.]

Abdulah, Nur Hasliza and Mohd Yusoff, Mohd Yuszaidy and Ibrahim, Diana and Wan Mohd Zin, Wan Nor Ayuni and Mohamed Roshdi, Shahariah (2022) Perkembangan seni rupa di Malaysia: Tumpuan kepada elemen kebudayaan / Nur Hasliza Abdulah … [et al.]. International Journal of Art and Design (IJAD), 6 (2). pp. 1-11. ISSN 2710-5776 (Submitted)

Abstract

Penulisan yang berunsurkan kebudayaan banyak menjadi tumpuan oleh sarjana-sarjana yang lepas. Namun begitu, penulisan yang memfokuskan elemen kebudayaan dalam seni rupa kurang diberi perhatian. Unsur tersirat dalam sesebuah karya seni amat penting bagi masyarakat dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh seniman. Untuk memartabatkan dalam melestarikan kebudayaan, penulisan ini memfokuskan kepada elemen- elemen kebudayaan dalam seni rupa. Secara dasarnya pelaksanaan DKK1971 dilihat masih tidak berjaya dalam menyatukan kaum dan etnik yang pelbagai di Malaysia kerana beberapa faktor seperti salah tanggapan konsep ‘Islam dan Melayu’ itu sendiri sedangkan ia juga membawa makna universal. Objektif penulisan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti elemen kebudayaan dalam seni rupa melalui tinjauan penulisan kertas kerja yang lepas dan objektif kedua adalah menentukan jurang kajian untuk dicadangkan sebagai isu baru bagi penyelidikan akan datang. Metodologi penulisan ini adalah menggunakan kaedah kualitatif yang melihat hasil tinjauan penulisan kertas kerja yang lepas bagi mengenalpasti elemen kebudayaan dalam seni rupa. Penulisan ini juga memfokuskan kepada pengumpulan data melalui bacaan rapi, melihat kandungan teks dan membuat interpretasi. Hasil penemuan menunjukkan kebanyakan isu penyelidikan yang difokuskan adalah tentang penghasilan karyakarya yang berunsurkan tema persekitaran, motif-motif rekaan corak Melayu seperti batik, tekstil Melayu dan cara hidup masyarakat Melayu. Hanya beberapa penyelidikan sahaja yang menjurus kepada sastera lisan dalam seni rupa. Justeru, kajian seterusnya untuk diteliti adalah penggunaan unsur sastera lisan dalam seni visual yang patut diketengahkan dalam melestarikan kebudayaan Melayu.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdulah, Nur Hasliza
lizaabdulah@uitm.edu.my
Mohd Yusoff, Mohd Yuszaidy
yuszaidy@ukm.edu.my
Ibrahim, Diana
diana240@uitm.edu.my
Wan Mohd Zin, Wan Nor Ayuni
wan_ayuni@uitm.edu.my
Mohamed Roshdi, Shahariah
shahariahroshdi@uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General)
N Fine Arts > N Visual arts (General) > Economics of art
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: International Journal of Art and Design (IJAD)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > International Journal of Art and Design (IJAD)
ISSN: 2710-5776
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 1-11
Keywords: Seni rupa; Elemen; Kebudayaan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71265
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 71265.pdf] Text
71265.pdf

Download (445kB)

ID Number

71265

Indexing

Statistic

Statistic details