Abstract
Kajian penyelidikan yang dikemukakan ini bertajuk Pembangunan Fizikal BandarTampin Sebagai Sebuah Bandar Sempadan. la merupakan satu kajian yang melibatkan perancangan fizikal bandar yang terietak bersempadan dengan sebuah pekan di dua negeri yang berasingan. Sefain itu, ia juga mengkaji tentang pentadbiran yang diiakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di kedua-dua belah kawasan disamping mengakaji hubungan keduanya. Dalam proses penyediaa Kajian Akhir ini. Bandar Tampin dan Pekan Pulau Sebang telah dipilih sebagai kawasan kajian, ini kerana kedudukannya adalah bersebelahan dan terietak di duanegeri yang berasingan. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti beberapa masalah yang wujud dalam aspek pembangunan fizikal dan pentadbiran serta kajian juga membuat penemuan dalam aspek fizikal, pentadbiran dan hubungan. Penemuan kajian adalah terdapat pembangunan yang berbeza antara bandar Tampin dengan pekan Pulau Sebang, sefain itu bandar Tampin lebih membangun dan maju berbanding pekan Pulau Sebang. Dari segi pentadbirannya pula, bandar Tampin mempunyai pengurusan yang lebih baik berbanding pekan Pulau Sebang, ini keranapusat pentadbiran terietak di dalam bandar Tampin sendiri berbanding pusat pentadbiran pekan Pulau Sebang yang terietak di Bandar Aior Gajah. Sementara itudari aspek hubungan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan didapati tidak berapa akrab sehingga menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang beriaku dikawasan kajian. Dari segi perkhidmatan yang disediakan pula, bandar Tampin mempunyai lebih banyak kemudahan yang disediakan berbanding pekan PulauSebang. Antara cadangan yang dikemukakan adalah mewujudkan sebuah jawatankuasa bersama yang berfungsi merancang pembangunan Kawasan sempadan dan sekitarnya, mewujudkan zon pembangunan komersi! bagi mengatasi masalah konffik guna tanah di sempadan, membuat program pengurusan dan pembangunan bersama serta mencadangkan supaya MDAG pekan Pulau Sebang mewujudkan pelan tindakan bagi mengatasi kekurangan disempadan dan berfungsi menjadi pelengkap kepada kemudahan sedia ada di bandar tampin.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Ali, Mior Mohd Aziddin UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah,, Jamallunlaili (Dr.) UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Perancangan, Bandar, Tampin |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71080 |
Download
71080.PDF
Download (14kB)