Abstract
SENI ARCA yang kian menempa zaman kegemilangan di dalam keluarga seni, nampaknya semakin berkesan dalam menjalani tugasnya sebagai salah satu alat komunikasi secara tampak. Perkembangan ini menjurus kepada pembangunan seimbang dan menyeluruh. Persoalan yang wujud di sini ialah sejauh manakah perkembangan ini mencapai objektif seni. Berapa ramaikah masyarakat yang benar-benar peka kepada penghayatan yang sepatutnya diterima oleh objek seni. Tajuk ini kemudian dikhususkan kepada skop yang lebih kecil di mana pengkajiannya hanya terhad kepada seni arca awam yang menghiasi taman. Kepentingan tajuk ini adalah untuk menjawab persoalan yang wujud dengan mengemukakan faktor-faktor pengalaman dan tahap intelektual seni masyarakat kita yang juga sudah sedia dipengaruhi untuk menghayati seni tampak. Seni arca taman yang berkait secara langsung dengan alam semulajadi sudah tentu memberi suatu reaksi yang berbeza dengan objek-objek seni yang lain seperti di dalam galeri. Usaha ke arah itu dikaji dengan sejauh mana penglibatan badan-badan korporat dalam memperkembangkan seni tanahair. Perkaitan antara ketiga-tiga subjek tersebut iaitu, arca, seni lanskap dan badan korporat dibongkar bagi mewujudkan satu realiti dalam persoalan seni.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shaari, Khairolnezam 91154839 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jalil, Abdul Rahim UNSPECIFIED Advisor Kamarun, Ham Rabeah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Reka Seramik |
Keywords: | Seni arca, hiasan lanskap, bangunan korporat, Lembah Klang |
Date: | 1995 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70946 |
Download
70946.pdf
Download (1MB)