Abstract
Rahsia Jambul Cikgu Amnah adalah adaptasi Novel ke Animasi 2D.Animasi ini menceritakan permulaan misi untuk mencungkil Rahsia disebalik Jambul Cikgu Amnah. Misi mereka (Hana, Huda & Nita) akan mengumpulkan semua infomasi berkaitan dengan Jambul Cikgu Amnah dan merungkaikannya!. Cikgu Amnah adalah seorang cikgu disiplin di Sekolah Menengah Sri Bangsar sekaligus meletakkannya ditahap paling glamor lagi disebut-sebut sentiasa. Namun glamor bukan diletak pada namanya, pangkatnya atau suaranya. tetapi terhadap Jambul terlebih kembangnya! Pelajar di SMK Sri Bangsar tertanya-tanya mengapa Jambul Cikgu Amnah kekal keras. Jadi dengan ini Kumpulan SS {Super Spy) tiga ahlinya Hana, Huda & Nita memulakan misi mereka untuk mencungkil rahsia disebalik Jambul cikgu. Seterusnya, Slogan bagi Animasi ini ialah Animasi 2D : Berjayakah Misi Kami?. Novel Rahsia Jambul Cikgu Amnah ditulis oleh penulis novel remaja yang terkenal iaitu Ain Maisarah. Client saya ialah Syarikat Novel Comel. Novel ini berharga RM4.00 di pasaran, ia juga novel sampingan dibawah Syarikat Novel Comel. Saya memilih novel ini kerana novel ini menarik jalan ceritanya yang melibatkan Kumpulan SS (Super Spy) memulakan misi mereka sehingga berjaya. Kerana novel ini sudah lama, jadi novel ini tidak lagi terkenal dipasaran golongan para remaja zaman sekarang. Dengan menadaptasikan produk ini keanimasi 2D dapat mengembalikan sinar cerita menarik ini. Menarik sasaran pelangan remaja di umur 12 hingga ke atas melalui aplikasi sosial media dan iklan menarik. Konsep animasi 2D ini adalah misteri dan ceria. Komposisi sangat menyenangkan dan pasif, komposisi watak seperti Cikgu Amnah adalah diutamakan. Kemudian, watak lain disusun mengikut kesesuaian komposisi untuk menyenangkan visual apabila pelanggan melihat. Sekali lagi, saya ingin menyampaikan suasana sekolah sambil mencampurkan getaran misteri dalam reka bentuk animasi 2D ini. Persaingan produk sebegini di pasaran adalah tinggi. Pasaran bahagian novel dan komik didahului oleh Ana Muslim Sdn Bhd yang kini juga memasarkan produk mereka menjadi sebuah cerita animasi di Youtube dan Ujang yang sering terkenal dengan komiknya di serata Malaysia. Seterusnya, di pasaran bahagian animasi didahului oleh Boboiboy dari syarikat Animonsta, Upin & lpin dari Les' Copaque dan EjenAli dari WAU Animation. Namun, saya akan memberi pemasaran video animasi yang berkualiti bagi meningkatkan jenama client saya. Pengeluaran video dari adaptasi novel ke animasi 2D amat la menarik, ia mempunyai gerakan hingga produksi aksi secara langsung sesuai untuk pelbagai umur. Kesimpulannya, Saya amat bersyukur dan teruja dengan projek ini. Pengalaman dalam menyiapkan projek ini, saya telah mendapat tingkatkan kemahiran dan kesabaran saya. Sebagai pereka grafik dan juruanimasi saya berharap agar hala tuju animasi ini berjaya. Rahsia Jambul Cikgu Amnah "Animasi 2D : Berjayakah Misi Kami?""
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sharulfizam, Nurin Syafirra 2018221118 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohamed Salim, Neesa Ameera UNSPECIFIED Advisor Husin, Mohd Syazrul Hafizi UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Page Range: | pp. 25-26 |
Keywords: | Animasi 2D, rahsia, remaja, novel |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70872 |