Abstract
Kajian ini menfokuskan kaedah alternatif verifikasi halal haram menurut perspektif Islam dalam penentuan status hukum produk gunaan, sama ada makanan atau bukan makanan. Kebiasaannya, dalam perundangan Islam, kaedah verifikasi halal haram yang digunapakai adalah berdasarkan sumber utama seperti al-Quran, al-Sunnah, al-ljma' dan al-Qiyas, di samping sumber sekunder yang terdiri daripada al-'Urf, al-Maslahah, al-lstihsan, al-lstishab dan Sadd al-Zara’i. Selain daripada kaedah yang berlandaskan sumber primer & sekunder tersebut, terdapat juga kaedah verifikasi alternatif lain,la telah dibangunkan oleh sarjana hukum Islam seperti al-lstihalah, al-lstihlak, al-lstibra', al-lntiqal, al-Taba'iyyat, al-lntiqal, al-lnqilab, al-lhraq, al-Takhammur dan al-Takhallul. Kaedah-kaedah ini bersifat sporadik di dalam kitab fiqh klasik dan ia tidak disusun secara sistematik serta belum dibincangkan secara terperinci sebagai penyelesaian dalam menangani isu- isu kepenggunaan masa kini. Dalam kajian ini, kaedah alternatif tersebut akan dibangunkan sebagai sumber verifikasi halal haram barang gunaan semasa dengan beberapa contoh aplikasi yang relevan. Untuk mencapai objektif berkenaan, pengkaji mengaplikasikan kaedah kepustakaan dengan menggunakan metode dokumentasi sepenuhnya. Kitab-kitab fiqh klasik akan dirujuk untuk membangunkan kaedah-kaedah berkaitan agar ia dapat dijadikan sandaran dalam penentuan hukum halal haram. Data-data kualitatif ini akan dikumpulkan dan dianalisis untuk menghasilkan beberapa model analisis verifikasi halal haram menurut perundangan Islam. Hasilnya, beberapa model untuk kaedah alternatif verifikasi halal haram dapat dibangunkan sebagai garis panduan untuk para penyelidik hukum dan pihak industri yang terlibat dalam barangan gunaan sama ada produk makanan atau bukan makanan. Oleh itu, penyelidikan ini akan menyumbang satu penyelesaian alternatif kepada isu-isu kepenggunaan berkaitan dengan produk halal haram semasa.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jamaludin, Mohammad Aizat UNSPECIFIED Ramli, Dr. Mohd Anuar UNSPECIFIED Ab Rahman, Dr. Suhaimi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Halal food B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Functionaries. Ulama. ﻋﻠﻤﺎء |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Event Title: | RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth |
Event Dates: | 7-8 November 2012 |
Keywords: | Kaedah alternatif; Verifikasi; Halal haram; Perundangan islam |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70264 |