Penerapan konsep dan nilai-nilai Islam di Taman Tasik Shah Alam, Selangor Darul Ehsan / Muhammad Fariz Ishak

Ishak, Muhammad Fariz (2012) Penerapan konsep dan nilai-nilai Islam di Taman Tasik Shah Alam, Selangor Darul Ehsan / Muhammad Fariz Ishak. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Penerapan Konsep Dan Nilai-Nilai Islam Di Taman Tasik Shah Alam merupakan elemen-elemen Islam dalam perancangan dan pembangunan Bandaraya Shah Alam yang dijalankan kerana Bandaraya Shah Alam merupakan model penempatan masyarakat Melayu yang unggul di negara ini. Pembangunan Shah Alam bermula pada tahun 1964. Lebih daripada 70 peratus penduduk Shah Alam beragama Islam. Kajian ini bertujuan untuk memanfaatkan penyediaan kawasan rekreasi tersebut sebagai kawasan riadah menurut Islam selain sebagai pusat tumpuan utama bagi penduduk kawasan tersebut. Taman Tasik Shah Alam yang terletak di Sekyen 2 dan Sekyen 14 merupakan kawasan kajian bagi kajian ini dijalankan. Taman Tasik Shah Alam merupakan taman bandar yang berkeluasan 127.8 ekar dan juga merupakan kawasan tumpuan orang ramai di Bandaraya Shah Alam. Antara isu dan masalah yang telah dikenalpasti di kawasan kajian ialah berkaitan masalah sosial, fizikal dan rohani. Isu dan masalah ini disebabkan oleh tiada penerapan konsep dan nilai Islam di kawasan kajian. Bagi membuktikan masalah yang terdapat di kawasan kajian, kajian analisis di lakukan untuk mendapatkan penemuan. Hasil daripada analisis yang telah dijalankan iaitu pengamatan di tapak dan soalselidik pegunjung mendapati bahawa kawasan kajian tidak mempunyai nilai Islam dan terdapat banyak nilai Islam yang tidak diterapkan di dalam perancangan kawasan rekreasi. Terdapat 10 nilai Islam yang telah dikenapasti di kawasan kajian yang membawa kepada masafah-masalah sosial, fizikal, dan rohani. Hasil analisis responden mendapati bahawa nilai Islam yang terdapat di Taman Tasik Shah Alam ini tidak memuaskan dan masih kurang. Kawasan riadah, perancangan landskap, dan rekabentuk taman tidak menunjukkan imej Islam. Penemuan daripada analisis yang dilakukan membentuk kepada bebrapa cadangan bagi menerapkan konsep dan nilai Islam di kawasan kajian. Antara cadangan tersebut ialah penambahbaikan garis panduan kawasan rekreasi dan tanah lapang, cadangan penambahbaikan mengikut nilai-nilai Islam, dan cadangan fizikal. Cadangan yang dicadangkan ini dapat menggambarkan imej Islam di kawasan kajian dan dapat menjadi kawasan rekreasi Islam yang cemerlang, gemilang

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ishak, Muhammad Fariz
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Taharim, Johari
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Recreational areas and facilities. Recreation centers
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Taman Tasik Shah Alam, nilai-nilai Islam
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69951
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69951.pdf] Text
69951.pdf

Download (215kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

69951

Indexing

Statistic

Statistic details