Penerapan aktiviti riadah bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di taman rekreasi awam, Taman Perbandaran Pulau Pinang / Nurazureen Daud

Daud, Nurazureen (2012) Penerapan aktiviti riadah bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di taman rekreasi awam, Taman Perbandaran Pulau Pinang / Nurazureen Daud. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Rekreasi merupakan luahan keinginan dan keperluan semulajadi manusia bagi mendapatkan kepuasan kesenggangan yang mempunyai elemen aktiviti yang dilakukan, keupayaan menerima sosial, pilihan penyertaan secara sukarela, pada dasarnya memotivasikan peserta, tingkah laku dan kesudahan yang diinginkan bagi setiap individu. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan manfaat bagi penerapan aktiviti riadah bagi goiongan orang kurang upaya (OKU). Taman Perbandaran Pulau Pinang yang terletak di pinggir bandar Georgetown merupakan kawasan kajian bagi kajian yang dijalankan. Taman Perbandaran Pulau Pinang terletak di bawah penyelenggaraan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang berkeluasan 172 ekar. Namun, hanya 45 ekar telah dibangunkan dan selebihnya adalah kawasan bukit. Terdapat beberapa isu dan masalah yang dikenalpasti di kawasan kajian. Antara isu dan masalah yang diperolehi ialah prinsip perancangan atau kesepaduan fungsi taman rekreasi awam yang tidak jelas, kemudahan sedia ada tidak fokus kepada aktiviti riadah goiongan OKU, dan tiada aktiviti yang khusus untuk goiongan OKU. Bagi memastikan terdapatnya isu dan masalah ini, analisis telah dilakukan dan secara keseluruhannya semua isu dan masalah ini memang wujud di tapak kajian. Antara penemuan yang ditemui menjurus kepada isu dan masalah kajian ialah tiadanya penyediaan aktiviti riadah khas untuk OKU, aktiviti riadah sedia ada tidak sesuai untuk OKU, dan elemen kemudahan rekreasi yang disediakan hanya khas untuk kegunaan goiongan normal sahaja. Beberapa cadangan yang dibentuk ini adalah bertujuan untuk mengatasi isu dan masalah berkaitan dengan penerapan aktiviti riadah bagi goiongan OKU disamping bertujuan untuk memberi peluang hak kesaksamaan bagi semua peringkat masyarakat. Cadangan yang dihasilkan ialah berpandu kepada tiga teras iaitu kesinambungan rekreasi OKU bersepadu, komuniti OKU sejahtera dan pembangunan rekreasi yang efisien. Antara cadangan tersebut ialah dengan menyediakan aktiviti riadah khusus yang bersesuaian dengan OKU, cadangan aktiviti kesukanan dan cadangan kempen OKU bagi menerapkan aktiviti riadah bagi goiongan ini. Cadangan yang. dicadangkan ini dapat menggambarkan fungsi taman rekreasi secara menyeluruh di kawasan kajian dan dapat menjadi kawasan rekreasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Daud, Nurazureen
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Taharim, Johari
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Recreational areas and facilities. Recreation centers
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Protection, assistance and relief > Special classes > People with disabilities. Including blind, deaf, people with physical and mental disabilities
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Architecture, Planning and Surveying
Keywords: OKU, riadah, taman rekreasi
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69949
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69949.pdf] Text
69949.pdf

Download (194kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

69949

Indexing

Statistic

Statistic details