Abstract
Matematik asas yang dipelajari semasa di sekolah menengah adalah amat penting untuk di aplikasikan di peringkat yang lebih tinggi. Dalam memastikan pelajar lebih bersedia, matematik yang dipelajari di peringkat pra sains adalah merangkumi asas matematik dan juga matematik tambahan. Penilaian kursus matematik yang dibuat juga adalah berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan akhir. Walaubagaimanapun masih terdapat segelintir pelajar yang tidak memperolehi markah yang baik dalam kedua-duanya. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi melihat hubungan di antara markah kerja kursus 1,2 dan 3 terhadap markah peperiksaan akhir pelajar pra sains bagi subjek Matematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi tugasan 1 dan 2 terhadap markah peperiksaan akhir. Tren hubungan yang diperolehi berdasarkan nilai r adalah hubungan positif yang baik. Ini menunjukkan bahawa, peningkatan markah dalam kerja kursus akan juga berlaku peningkatan markah pelajar dalam penilaian akhir. Walaubagaimanapun, pelajar perlu lebih berusaha dalam meningkatkan prestasi dalam matematik kerana markah yang baik dalam kerja kursus juga tidak menjamin pelajar memperolehi markah yang baik dalam peperiksaan akhir sekiranya sikap malas belajar masih ada dalam diri pelajar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shamsuddin, Maisurah maisurah025@uitm.edu.my Mahlan, Siti Balqis sitibalqis026@uitm.edu.my Alias, Fadzilawani Astifar fadzilawani.astifar@uitm.edu.m Hamat, Muniroh muniroh@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED Editor Wan Mohammad, Wan Anisha UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Quantitative research Q Science > QA Mathematics Q Science > QA Mathematics > General |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Science & Digital Technology In E-Learning Future Trends |
ISSN: | 978-967-25608-5-2 |
Volume: | 4 |
Page Range: | pp. 39-44 |
Keywords: | Asas Matematik, Kerja Kursus, Matematik, Penilaian Akhir, Nilai R |
Date: | October 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69925 |